Dua tahun lepas saya dengan keluarga ke Stadium Kuala Lumpur untuk memberi sokongan padu kepada sepupu Mira yang datang untuk Kuala Lumpur World Marching Band Competition (KLWMB) 2009. Mira adalah pelajar dari Sekolah Sultanah Asma Kedah, nama yang besar dalam dunia marching band Malaysia. Itu pertama kali tengok persembahan marching band depan mata. Memang teruja dengan seronok masa tu, tambah-tambah bila dapat tengok persembahan dari sekolah luar negara macam Indonesia, Thailand dan lain lain.
2011, sekali lagi kitorang ke Stadium Kuala Lumpur untuk bagi sokongan Mira untuk World Championship Marching School Band (WCMSB) 2011. Beberapa hari sebelum tu Mira ada NATCOMP dekat Kuala Lumpur tapi saya tak dapat pergi sebab tak sihat, rasa macam menyesal pun ada.
Sebenarnya masa WCMSB 2011 pun pikir dua tiga kali nak pergi ke tak? Larat ke tak? Tapi sebab otak dah tepu asyik duduk kat rumah, dan perasaan dah meronta-ronta nak merakam imej dengan kamera, saya gagahkan juga diri nak mintak izin dengan Mama. Mama cakap kenapa nak pergi? Saya cakap 'nak pergi laaa,' Mama cakap 'tak payah, dah macam tu nak pergi jugak, dok rumah mengaji je' T______T Last-last saya cakap (sambil buat muka kesian) 'nak pergi ... tak larat asyik duduk rumah je. Dah serabut kepala otak kakak nak bebas terbang di luar sana hahaha.' Mama 50-50 lagi, tapi last-last Mama bagi jugak :)
Kitorang sampai agak lambat, ada band yang dah perform, tahun ni ada peserta-peserta dari Thailand, China, Taiwan, Indonesia, Hong Kong, Canada dan Czech Republic. Macam-macam gaya kaler uniform diorang. Okay saya mengaku, saya tak tengok persembahan lain sebab sampai-sampai saya terus cari Mira, and then naik kejap and then bermukim dekat khemah SASBAND.

Mira yang asal nya happy go lucky muka nervous setiap kali sebelum pertandingan.
Kurang pasti dari sekolah mana.
Kurang pasti dari sekolah mana.
Masa lepak dengan Auntie Doreen dan dia cerita pasal kegigihan pelajar-pelajar SASBAND. First sekali, mereka-mereka ni berlatih hampir setiap hari sampai kulit pun gelap, secara logik, memang letih terutama sekali pertandingan ni selepas NATCOMP, kemudian beberapa hari selepas competiton ni, ada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan (trial PMR) and so on. Uniform Mulan yang kiut tu, tambah tolak tambah tolak adela dekat RM1000. Tepukan untuk kegigihan mereka.
SASBAND pada tahun ini mengetengahkan tema Mulan dari segi muzik, persembahan dan jalan cerita. Secara jujur, persembahan mereka banyak kemajuan dari dua tahun lepas. Masa ni memang sebagai penonton rasa teruja dan dapat merasakan jalan cerita yang SASBAND sampaikan.
Sewaktu SASBAND diumukan sebagai pemenang, memang gemuruh stadium dengan sorakan dan jeritan, tetapi pelajar SASBAND berdiri tanpa bergerak sehingga lah majlis penutupan selesai, mereka menangis dan berpelukan antara satu sama lain. Memang rasa kagum kejap masa ni. By the way, judges yang mengadili pertandingan ini tiada seorang pun yang dari Malaysia.
Sesi warm-up
Sesi baca doa dan berzikir sebelum turun padang.
Bersedia untuk turun padang.
SASBAND pada tahun ini mengetengahkan tema Mulan dari segi muzik, persembahan dan jalan cerita. Secara jujur, persembahan mereka banyak kemajuan dari dua tahun lepas. Masa ni memang sebagai penonton rasa teruja dan dapat merasakan jalan cerita yang SASBAND sampaikan.
Sewaktu SASBAND diumukan sebagai pemenang, memang gemuruh stadium dengan sorakan dan jeritan, tetapi pelajar SASBAND berdiri tanpa bergerak sehingga lah majlis penutupan selesai, mereka menangis dan berpelukan antara satu sama lain. Memang rasa kagum kejap masa ni. By the way, judges yang mengadili pertandingan ini tiada seorang pun yang dari Malaysia.
Keadaan selepas selesai majlis penutup.
Mira dikelilingi ahli keluarga
Selepas habis upacara penutup, tidak seperti dua tahun lepas, tahun ni kitorang boleh turun padang sekali and the real fun begin. Students dari Canda mula memainkan alat muzik mereka dan kebanyakkan pelajar turut serta dan bermulalah party kecil-kecilan.
Bersama wakil dari sekolah Thailand.
Because I'm a really good cousin *wink*
It was a good night and inspirational for me walaupun sakit datang menyerang...agghhh. Saya harap suatu hari dapat buat full documentation tentang SASBAND dan pamerkan ke seluruh Malaysia dan juga dunia. Insya-Allah. More info about the WCMSB 2011 here, senarai sekolah yang terlibat boleh didapati di facebook WCMSB 2011
Dan ini videonya. Tada!
p/s: gambar sebenarnya banyak lagi, tapi blogspot tak nak upload dah. Gambar sebenarnya cantik, tapi apesal ntah dekat sini macam T______T

1 comments:
OOO-LA-LA!!!!
owesome,mannnnn!!!!!!
Post a Comment