Monday, November 28, 2011

Tranquilizer

Telan ubat untuk sakit luaran, jiwa sakit pun kena ubat jugak. Mana nak cari ubat kepada jiwa? Terpulang kepada masing-masing. 

In my case, aku jenis yang cepat marah especially sejak dua menjak ni. Marah jenis yang hoi-berapi-sungguhlah-aku-rasa-macam-nak-gigit-gigit-sambil-maki. Not good, but I like to feel this anger. Rasa hidup bila marah, rasa diri normal disebalik keabnormalan sekarang. And I personally feel that it's okay to rasa marah selagi tak memakan diri dan dibiarkan berlanjutan.

Now, aku pun rasa tak sihat kalau marah berpanjangan. Passion dah berkurangan, amarah meningkat, depression singgah, mood tunggang-langgang. Macam mana ni? Dah la aku ni jenis yang expressive. Semua pun nak diexpress kan. Kalau marah nak tunjuk, kalau sakit hati nak tunjuk, kalau suka sedaya upaya nak tunjuk. Kalau pendam boleh jadi gila. Nak buat kerja photography pun rasa macam tak berani nak pegang camera lagi.

Rasanya dulu pun ada rasa macam ni, cuma bukan marah, tapi lost. Masa tu, nak stabilkan perasaan aku pun decide untuk kerja dekat Tumble Tots, Malaysia, a physical play centre for children. Now I like the place because basically aku boleh main dan pada yang sama ajar budak-budak physically.

Mula-mula kerja memang susah sebab majoriti budak-budak yang join Tumble Tots adalah bukan dari golongan Melayu dan aku je Melayu yang kerja dekat situ. Aku tak ada masalah untuk memahami budak-budak tu, tapi sebab budak-budak ni nampak aku lain dari kawan-kawan sekerja. Tapi sekejap je dah fit in sebab I like kids and I think I'm good with them. Heh.

Sebenarnya aku perlu untuk communicate dengan budak-budak supaya mereka respon dekat aku, psotif atau negatif belakang cerita. Responsive relationship is what I'm looking for. Mula-mula sebab itu adalah sebahagian dari kerja, kemudian sebab itu yang membuatkan aku salurkan rasa marah dan tukarkannya kepada sesuatu yang lebih baik.

Jadi sekarang aku dah tahu, kalau rasa nak meroyan aku akan bergaul dengan budak-budak. Selalu aku suka sembang, aku tanya budak-budak jawab, budak-budak tanya, aku jawab. Aku ajar budak-budak, budak-budak ajar aku. Benda yang paling bagus aku belajar adalah jangan cepat marah budak-budak bila mereka buat kesalahan di luar kawalan. Macam tengah ada sesi coloring dengan water color lepas tu air water color tumpah sampai terkena uniform putih aku yang mahal wadehel!. Rilek rilek, tarik nafas, hembus nafas, senyum dan cakap 'Its okay, can you help me to clean up?' Basically jangan bagi budak-budak takut untuk buat salah, tapi jangan lupa untuk ajar mereka untuk bertanggungjawab to clean up their mess.

Sampai sekarang aku cari ubat jiwa dengan budak-budak. Kadang-kadang memang terlepas marah tapi lepas tu menyesal, rasa jahat sebab dengan budak-budak ni lain pesen sikit. Tergamak sungguh aku tinggi suara dekat hati suci murni itu *sedih* Lama-lama aku boleh kawal perasaan marah, jadi lah manusia biasa sikit.


Lepas tu kalau nak ambil gambar budak-budak dah tau teknik-teknik untuk dekat dengan diorang dan dah tau macam mana tangan diorang gerak. Sila jaga lens anda sebab diorang suka tepek tangan dekat lens.

 
 
 
 
 
 
 
 



Wahai ubat ku, teruskanlah jadi penawarku!

0 comments: