Degree Show Januari 2012
Biarlah saya memulakan post ini dengan momohon kemaafan kepada semua tenaga pengajar saya. Saya merasai seribu bukan, sejuta ataupun lebih penyesalan dari hati saya yang tak dapat nak diluahkan melalui kata-kata kerana, seperti yang sering saya katakan kepada kawan-kawan, apabila sebab sering diutarakan, ia akan kedengaran seperti alasan. When you keep giving your reasons, it will sound like excuses.
Saya pernah cakap bahawa hampir semua pelajar fotografi yang masuk pada awal semester akan fikirkan mengenai semester akhir, in our case, the Degree Show. Of course pada awalnya saya tak ada idea apa yang bakal terjadi, tapi saya tahu saya akan begitu sibuk dan begitu letih kerana membuat major, tetapi masih akan berjuang sehingga habis. Sudah tentu juga bukan itu yang terjadi pada semester ini. Saya tak bangga dengan apa yang telah saya lakukan, tetapi saya tidak kesal, kerana dalam keadaan ini, apa yang saya mampu lakukan adalah apa yang telah terhasil.
Tapi terharu juga apabila masih ada yang memberi kata-kata positif, galakan, dan semangat. Saya tundukkan kepala, memohon kemaafan sekali lagi dan mengucapkan terima kasih juga.
Keduanya, ucapan terima kasih yang tak terhitung kepada ahli keluarga yang sangat memahami, berdedikasi dan kerana berada di sisi. Mama, yang sentiasa ada, Mama yang membiayai semua, adik-adik yang membantu dari segi fizikal dan mental, bapa-bapa saudara dan mak-mak saudara memberi sokongan, sepupu-sepupu yang turut membantu; Allah saja yang mampu membalas segala jasa dan kebaikan anda.
Mama, di saat anaknya meminta, dia sentiasa memberi, di saat anaknya hilang arah, dia tidak mendesak. Sering bertanya tanpa paksaan, sering mendorong dalam teguran. Shera, bersama menaiki tren bersama dengan perjalanan 4 jam untuk menemani saya pergi print dan mengambil alih tugasan rumah di kala saya tidak menang tangan menyiapkan kerja. Adik, pada satu hari di hujung minggu menggunakan tenaga mengangkat segala canvas, frame, beg yang berat dan bantu saya set up, Suriany yang menemani saya dari pagi dan kemudian mengangkut canvas bersama dengan menaiki tren dan pulang bila hari sudah malam, Mama Suria dan Suria yang hadir paling awal bersama ubat saya untuk hari itu; Caffeine. Rasanya susah jugak nak harungi hari tu kalau tiada kopi. Pak Tam, Pak Su, Kinah, Shera, Qirin, Bacik, yang turut datang sambil memenuhi ruang kelas. Saya pandang dari jauh bila diorang tengah buat comel main sana sini dan dalam diam saya berharap boleh join mereka. Lepas tu, untuk menambahkan lagi kecomelan mereka, ramai-ramai tolong saya kemas selepas selesai semua seperti satu angkatan. Terima kasih Papa Suria, Padel dan Mak Tam yang memberi sokongan dari jauh.
Terima kasih juga kepada Auntie Nora Salleh yang sangat membantu dan memberi sokongan, terima kasih kerana hadir, terima kasih kerana memberi galakan, terima kasih atas pujian.
Di saat saya rasa susah hati akibat kekurangan dari banyak segi (terutamanya aspek fizikal) Allah ingatkan saya bahawa saya masih ada keluarga, sesuatu yang sudah cukup untuk membangunkan semangat saya. Keluarga saya adalah yang terbaik, kerana merekalah saya sentiasa rasa saya punya kelebihan.

Aswad, Aad, Arip, Mal, Yus, Aidah, Iena mereka inilah yang sentiasa melihat dan mendengar setiap rintihan dan kedukaan saya. Setiap kali mereka berbicara dengan saya, saya terus dapat aura positif. Mereka sentiasa cakap 'Tak pe boleh boleh boleh' 'Kau boleh Filzah' kepada perkara yang saya rasa sebaliknya. Mungkin perkara itu tidak jadi seperti yang mereka katakan tetapi sebab dorongan seperti itulah saya teruskan juga. Di saat saya mahu menyerah, mereka tidak memaksa saya untuk meneruskan, tetapi menerima dengan kata semangat dan membuka fikiran saya. Saya hargai setiap panggilan saya yang mereka sahut, setiap keraguan saya yang mereka matikan dan setiap kekecewaan saya yang mereka hapuskan. Mereka adalah saksi jatuh bangun saya.
[Edit]
Kepada Daz dan Sheera, kawan sedari diploma yang sangat la cute, terima kasih sebab hadir dan memberi sokongan dan membuat kecoh. To Ranie, we've met twice, but your words and encouragement are something that I will hold for the rest of my life. Sayang korang. Kepada Kerel, Eyva Cat, Dalee, Rita, Kay, Tia, Afi, Ain, Imah, senior-senior yang memberi sokongan, terima kasih juga kepada anda semua.

Dalam tempoh ini saya telah banyak menyusahkan ramai individu dan pada masa yang masa menjejaskan pandangan mereka kepada saya. Saya bersyukur saya masih punya peluang untuk membaikinya. Mungkin saya tidak berjaya, mungkin saya tidak mencapai standard, mungkin juga saya tidak menggunakan peluang itu sebaiknya. Apapun yang bakal terjadi, saya terima seadanya bahawa kelemahan itu datang dari diri saya sendiri dan saya masih akan berterima kasih kerana memberi saya hak untuk berkata bahawasanya saya sudah mencuba.
Terima kasih seikhlas hati sepenuh penghormatan sekali lagi.
2 comments:
babe sori i couldn't make it on d actual day. x dpt tgk u nye photobook. but wutz important is u got thru it all- ur whole final sem n u survived! n bkn setakat light2... u did ohsem n ppl luv ur work! ur hard hard work pays off, it really shows... stay strong n be extra positive. eliminate negative influences in ur life like 'you-know-who'... stick to family n frenz who actually care about u n will help u thru ur struggles. congratz lalink i'm proud of you! :D
its okay, you came earlier, so its the same for me :) oh my god, love the you-know-who remark! haha! yeah gotta stick with family and frens like you. thank you aad! my next post is abt my photobook, nnt ada masa kita jumpa, i'll bring the photobook k =)
Post a Comment