Thursday, November 29, 2012

Hilang Di Terengganu



Mula-mula nak buat post ala-ala travel to Terengganu, tapi lepas browse gambar-gambar, tak ada gambar makanan pun (selain dari ubi kayu dan karipap) dan tak ada adventure atau kesulitan yang hebat pun, tak ada rate homestay mahupun hotel sebab duduk dekat rumah kampung. Maka jadilah post personal dan syok sendiri.

Kak Long yang mula-mula ajak pergi Terengganu, nak balik kampung suami. Aku 50/50 nak pergi sebab banyak sebab. Salah satu sebab adalah rasa berat hati, merajuk dengan dunia lebih kurang macam tu la. Ya, memang perangai aku macam tu. Then Kak Long tanya lagi, Mama tanya, Kak Ngah tanya, like wadahel? Sehingga last minute aku tak bagi kata putus sampailah satu hari tu, aku tengah melakukan satu perkara yang penting dan satu demi satu kejadian yang memanaskan hati aku berlaku sampailah lewat petang tu aku angkat meja besar hempas atas lantai dan hantar mesej kat Kak Long yang berbunyi lebih kurang macam ni; 'Fuck everything, I wanna go with you (and your husband) to Terengganu.' Plus, KL sudah menjadi terlalu gila. Aku suka cuaca KL yang hujan dan sejuk, tapi bunyi mesin dan manusia buat aku semakin lemas.

Kitorang bertolak lewat malam (like really lewat). Aku, of course tidur sepanjang perjalanan dan sampai dekat Paka aku terjaga. Aku ingat pernah lalu sini dedulu. Cantik sungguh. Tapi aku tak amek gambar sebab mengantuk yang amat so I just enjoyed and be amazed by the view. Seperti dijangka, Subuh kami sampai Terengganu, dan pemandangan dia, I tell you, bikin berair mata. Kalu pagi di KL aku selalu disambut bunyi hon, ambulans, jeritan, dan nyaringan gerudi, di Terengganu hanya bunyi angin dan ombak, siap bau satay LOL.

Abang ipar aku berhenti dekat tepi pantai, dan aku turun dengan camera, dan masa tu.. masa tu memang rasa nak menangis, bukan sebab pantai tu cantik sangat (walaupun memang cantik) tapi sebab konflik dalaman. Ye saya memang suka berdrama begitu. Tapi itu salah satu keajaiban pantai for me. Dia buat kita rasa kecil (not in a bad way) and make you just surrender yourself to its wideness and depth. And I was lucky that day because the sky has so many tones and colors.

 

 


And then the next day is kenduri, saudara sebelah abang ipar (which is the main reason ke Terengganu.) I didn't really take pictures masa hari kenduri sebab awkward level Lee Hi dalam video klip 1,2,3,4 almost 100%. Kalau kat KL hari-hari hujan, kat Terengganu susah nak nampak hujan. In fact the whole time kitorang dekat sana rasa kehangatan panas sampai rasa macam mungkin kitorang dekat dua negara yang berbeza. Tapi masa hari nikah tu, hujan turun sekejap, dan ada hari jugak angin kencang.  

The following day Abang Long dengan Kak Long ajak pergi pantai, Pantai Batu Burok. Diorang nak deting lettew. I follow jugak because I'm curious. I wonder hari ni warna apa pulak langit dan pantai. As expected, colorful. One time langit biru sebirunya, sekejap kemudian biru cair, sekejap lagi lebih biru dari biru, sekejap lama biru kehijauan.

 

 

 

 

 

 

 

 


I took my time here, walking, wandering, getting lost. Luckily there wasn't that many people. I just let the damp wind blew its way to my soul and try the best to capture it with my camera. Perfect solitude. Aku, kamera aku, dan pantai.

Some of my friends yang tengok gambar-gambar ni cakap rasa macam nak pergi holiday, take a break and relax. I'd say, what are you waiting for? Just go. Go the the beach; sit, run, lie down, breathe. Get lost. Hilang.








p/s: Might print few pictures as postcard maybe. Let me know if any of you want a copy or two :)

1 comment:

Ummi said...

Rindu Pantai Batu Burok. Dengan float. Hahaha!