Wednesday, November 7, 2012

Hanya Kerana

Petang. Hujan lebat. Langit gelap. Sejuk. Mama ada beli kek span oren, sekarang aku perlukan teh. Teh panas, manis, lalu petang aku akan sempurna. Mudah.

Lokasi teh, almari dapur bahagian atas. Sebelum pintu almari bukak, aku dah dapat bayangkan lokasi dan bentuk teh tu. Jadi bila bukak aku nampak kotak teh; bukan yang aku nak. Kotak teh lagi, lagi, lagi. Tak mungkin. Aku selongkar lagi. Tak ada. Berjenis-jenis teh dalam almari, ada teh yang aku tak tahu pun nak sebut macam mana, tapi teh yang biasa, yang paling mudah tak ada.


Ni lah, sebab ni lah orang cakap rumah ni pelik, sedangkan aku pun rasa rumah ni pelik. Ada lagi uncang-uncang teh yang tersimpan, tapi dalam banyak-banyak uncang tu, yang aku nak tetap tak ada. Terlalu banyak teh asing, terlalu rumit, padahal teh-teh ini memang dah jadi kebiasaan dalam almari ni. Teh biasa yang aku nak sebenarnya teh asing dalam almari ni.

Tapi situasi sekarang rugi kalau dibiarkan tanpa teh. Aku capai Tetley Rooibos & Vanilla. Apa kejadah rooibos tu, aku hanya tahu lepas aku google. 

Bila telan, sedap, wangi vanilla tak terlalu kuat untuk buat aku rasa muak. Sedap. Rooibos sepatutnya rasa apa pun aku tak tahu. Tapi teh itu cukup untuk petang hari ini.

Tapi aku masih nak teh biasa.

No comments: